30 Jun, 2010

Road To Banting - Part 1

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama tidak bersiaran, kini mama kembali bersiaran. Apa khabar semua kawan-kawan di luar sana. Di harap sihat kesemuanya di bawah lindungan Allah SWT.


Kali ni mama nak bercerita , pada hari Isnin lepas 21 Jun, 2010 adalah Road To Banting untuk menghantar Along ke Kolej MARA Banting ( KMB). Adapun tujuan Along ke sana adalah untuk meneruskan cita-citanya dan berjuang menjadikan dirinya sebagai seorang Doktor, insyaAllah. Along telah diterima masuk ke KMB setelah menjalani beberapa tahap ujian standard sebagai seorang pelajar kolej. Oh ya! Along ini adalah salah seorang anak saudara mama yang rapat kerana rumahnya hanya berjiran dengan rumah mama. InsyaAllah selepas 2 tahun di KMB Along akan berangkat ke Ireland.



Lebih kurang dalam jam 9.00 pagi kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki Van yang dipandu oleh Bakji (anak saudara mama yang lain). Bakji ni boleh dikatakan sebagai pemandu yang handal jugaklah kerana kalau kemana-mana selalunya Bakji nilah yang akan menjadi pemandunya.

Alhamdulillah dengan cuaca yang baik dan keadaan kenderaan yang baik perjalanan menjadi elok sahaja.  Sampai sahaja dihentian Gambang, berhenti sekejap minum dan makan. Perjalanan kali ini dengan membawa bekal makanan dan minuman supaya senang  tidak mengambil masa yang lama untuk makan. Gambar-gambar masa makan tidak dapat di rakam kerana kamera tak ada bateri. 

Lebih kurang jam 2.30 petang selamat sampai di Kuala Lumpur dan terus singgah di rumah abang di Greenwood untuk makan tengahari. Awal-awal lagi abang Adnan telah menelefon dan mengajak untuk kesemua yang datang untuk makan tengahari di rumahnya. 

Tu, GPS yang di atas tu adalah untuk mencari dimanakah lokasi rumah yang hendak dituju. Alhamdulillah dapat berjumpa walaupun hujan lebat sehabis lebat pada masa itu.


Sebaik selasai solat, kita terus dihidangkan dengan nasi yang dimasak oleh kakak ipar. Abang pada masa itu sedang bekerja. Dalam pukul 5.30 petang abang sampai dengan membawa goreng pisang panas yang dibeli di gerai berhampiran rumah. Sedap sungguh goreng pisang itu.

Pukul 6.00 petang kami bertolak ke kondo Sawa di Setapak  dimana kami telah berjanji untuk  bermalam di situ. Sawa tu abang kepada Bakji yang merupakan anak saudara mama juga.

Sebaik sampai di kawasan kondo tersebut, terus naik ke rumah dan terus menyediakan masakan untuk hidangan malam. Yang lain-lain tu mengambil peluang untuk mandi dan bersolat. Sempat menyediakan hidangan yang simple but sedap!  Perasan tuh.. Ini antara gambar yang sempat dirakamkan. Pada masa ini bateri kemera telah di charges di rumah Sawa masa mula-mula sampai tadi.



Hiasan bunga-bunga ini dibuat sendiri oleh Wahida iaitu isteri Sawa. Dia ni rajin mengemas dan pandai dalam kerja-kerja menghias. Antara bunga-bunga yang sempat di rakam....


Cerita akan bersambung di Part 2..
Tungguuuuuuuuuu




Related Posts with Thumbnails