20 April, 2010

Jahitan Manik

Assalamualaikum


Sila lihat gambar dulu.







Alhamdulillah, hari minggu lepas sempat mama siapkan tampahan manik-manik ni. Inilah kerja mama bila tiba hari minggu. Tuan baju tu dah janji nak datang ambil. Ada banyak lagi tempahan dari cikgu-cikgu yang sama mengajar dengan mama. Cukup setakat ini saja, nanti ada masa mama cerita lagi


18 April, 2010

Kisah Hari Minggu

Assalamualaikum...


Walaupun hari minggu, mama tetap sibuk. Banyak kerja-kerja yang perlu di selesaikan. Tambahan pulak kakak balik dari asrama. Petang Sabtu esok dah tentu kena pergi hantar kakak ke asrama. Kakak bersekolah di Sekolah Elit Mak Lagam, Kemaman.
Bila hari Jumaat memang rutin mama bermain dengan kain baju. Dari pagi membasuh 2 -3 mesin. Ambik masa pulak nak pilih mana baju putih dan mana baju basahan. Masa sidai ambik masa lagi. Alhamdulillah ada kakak, boleh jugak tolong mama. Hakim macam biasalah bila hari tak bersekolah, pagi-pagi lagi dah tanya sarapan. Time kerja banyak, mana mama nak sempat buat sarapan yang enak segala nak. Mama bukak esbok, ambil mee yang dah dibeli 2 hari lepas. Jadi campak-campak ajelah. Dalam dua puluh minit dah boleh makan.
Hakim....Hakim (dalam nada memanggil)
Dah mari makan mee ni...


Baru bangun tidur - tak mandi lagi tuh!!!






Atas permintaan kakak nak makan samgupal. Dari pagi kakak dah tolong mama dalam banyak hal, tak buat kan kesian pulak. Lagipun di asrama tentu tak ada makanan tu. Maka siaplah samgupal ni hah. Tengoklah gambar ni...





Malam pulak sempat mama bermain dengan manik-manik. Banyak tempahan dari cikgu-cikgu kak sekolah mama. Alhamdulillah siaplah sebelah tangan, eh lupa plak nak ambik gambar. Lain kalilah mama masukkan gambar manik-manik tu.


Dah sampai masa mama nak tidur ni....esok dah tentu kena layan si kakak soping menyoping barang yang nak di bawa balik ke asrama. As usuallah kakak macam tu.

Sekian.

06 April, 2010

Buku Gergasi

Assalamualaikum














Hari Khamis 1 April yang lepas, Sofya tak nak pergi sekolah, jadi masa mama balik dari sekolah terus pujuk dia supaya ke sekolah untuk hari-hari berikutnya. Dia masih tak nak mahu pergi sekolah. Pujuk lagi...pujuk lagi....Last-last mama ajak dia ke Pesta Buku. Kebetulan ada pesta buku di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Sampai di tapak pesta, suka-suka dia aje memilih (dalam hati amboi....sekolah tak nak pergi) memilih tak hengat donia. Semua buku dia punya. Semua buku dia hendak.



"Sofya...tak boleh, ambil satu je"



" Dengar apa mama nak kata"

" Mama nak Sofya pilih satu je buku yang Sofya suka"



"Tapi mama..."



"Cukup-cukup, esok kita datang lagi"


"Oklah mama"




Lepas dapat buku tu, terus suruh mama baca dan cerita. Satu hari suntuk dia dok pegang buku gergasi tu. Setiap orang yang datang, disuruhnya baca dan bercerita untuk dia. Petang Sabtu tu, ibu (mak saudara ) dia datang dari Kemaman, pun sama disuruhnya bercerita. Belum sempat ibu dia bercerita...rupa-rupanya dia pulak yang bercerita pada ibunya. Maknanya dia dah ingat segala perjalanan dalam buku cerita tu!!! Bagus....bagus anak mama.












01 April, 2010

Ujian Buat Mama

Assalamualaikum....







Pagi ini dalam mama sibuk-sibuk bersiap untuk ke sekolah, Sofya tiba-tiba buat hal. Abang Cik dan angah telahpun siap cuma menunggu nak masuk kereta sahaja. Tak tahu angin datang dari mana tiba-tiba tak mahu ke sekolah. Sekolah cuma tadika 6 tahun je. Petang semalam dia ada terdengar perbualan antara sepupu-sepupu dia yang esoknya (hari ini) tak sekolah. Dia mulalah tak nak pergi sekolah kerana nak join main dengan sepupu dia yang dah besar tu!. Ada ke patut.




Puas mama memujuk tak mahu jugak pergi sekolah. Padahal semua dah siap tu, cuma kasut je belum pakai lagi. Pujuk lagi....pujuk lagi....cakap pandai bak orang-orang besar ....hai naik hangin juga mama di buatnya. Dalam hati mama berkata adakah ini dugaan dan ujian besar buat mama. Ya Allah.... jika ini ujian besar bagiku maka kau ampunkan dosa-dosaku dan juga anak-anakku. Atau ini yang dinamakan April fool's kerana kebetulan ia terjadi pada 1 April, 2010.






Jam dah menunjukkan pukul 7.10 pagi. Mama nak kena hantar 3 sekolah pulak tu. Kebiasannya Jam 7 dah keluar dari rumah. Tarik juga tangan Sofya, angkat beg masukkan dalam kereta. Hari ni pulak kelas mama mula 7.40 pagi, bermakna mama kena sampai ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Dalam perjalanan Sofya menangis, buat-buat sedih pulak padahal tak ada orang pukul pun. Mengada-ngada betul budak ni. Sampai satu sekolah... drop angah, lepas tu sampai lagi satu sekolah drop abang chik pulak. Oleh kerana masa dah "terlebih sudah" terpaksa hantar Sofya ke rumah mak yang tak jauh dari sekolah dia. Sampai didepan rumah tok dia cepat-cepat turun dari kereta sambil tersenyum...kononnya tak payah pergi sekolah hari tu...banyak kau punya sogeh. Rupanya dia dah berjaya memperdayakan mama. Apa-apa ajelah Sofya.


Semoga anak mama ceria selalu!!!

Related Posts with Thumbnails