Apa khabar semua??? Sudah agak lama mama tidak mengupdate blog ni. Di atas tidak berkesempatan masa dan masalah kesihatan yang mama hadapi sejak kebelakangan ini. Dalam pada itu mama cuba juga sedaya upaya untuk memenuhi masa yang ada dengan blogwalking dan ziarah ke rumah kawan-kawan maya yang selalu mama ikuti.
Dengan kuasa Allah yang maha besar, cuaca panas terik sejak kebelakangan ni tiba-tiba hujan. Alhamdulillah boleh rasa suasana sejuk sikit di persekitaran. Selepas hujan berhenti, terhasillah banyak lopak-lopak air yang bertakung di sekeliling kawasan rumah mama.
Itulah dia budak Sofya yang suka sangat bermain dengan lopak. Tambahan pulak ada sokongan dari dua orang sepupu yang sebaya iaitu Aisyah dan Muzakir. Aish! bebudak ni...baik-baik main tu nanti ada lintah.... Jom kita saksikan aksi bebudak ni ...
Setelah puas bermain lopak dan muka dipenuhi dengan kotoran, mama memanggil Sofya dan kesemua naik kerana tanda menunjukkan hujan akan turun sekali lagi. Puas jugak mama memujuk kerana Sofya dan sepupunya suka sangat dengan air ni. Selepas dia mendengar bunyi guruh berdentum di langit barulah dia mula merasa takut dan terus balik dan mandi di halaman rumah. Aisyah dan Muzakir terus balik ke rumahnya yang bersebelahan dengan rumah mama.
Itulah kisah budak-budak yang suka bermain dengan air.