03 Ogos, 2010

Hujan Tiga Titik Nye

Assalamualaikum...

Apa khabar semua??? Sudah agak lama mama tidak mengupdate blog ni. Di atas tidak berkesempatan masa  dan masalah kesihatan yang mama hadapi sejak kebelakangan ini.  Dalam pada itu mama cuba juga sedaya upaya untuk memenuhi masa yang ada dengan blogwalking dan ziarah ke rumah kawan-kawan maya yang selalu mama ikuti. 


Dengan kuasa Allah yang maha besar, cuaca panas terik sejak kebelakangan ni tiba-tiba hujan. Alhamdulillah boleh rasa suasana sejuk sikit di persekitaran. Selepas hujan berhenti, terhasillah banyak lopak-lopak air yang bertakung di sekeliling kawasan rumah mama.




Itulah dia budak Sofya yang suka sangat bermain dengan lopak. Tambahan pulak ada sokongan dari dua orang sepupu yang  sebaya iaitu Aisyah dan Muzakir.  Aish!  bebudak ni...baik-baik main tu  nanti ada lintah....  Jom kita saksikan  aksi bebudak ni ...



Setelah puas bermain lopak dan  muka dipenuhi dengan kotoran,  mama memanggil Sofya dan kesemua naik kerana tanda menunjukkan hujan akan turun sekali lagi.  Puas  jugak mama  memujuk kerana Sofya dan sepupunya  suka sangat dengan air ni.  Selepas dia mendengar bunyi guruh berdentum di langit barulah dia mula merasa takut dan terus balik dan mandi di halaman rumah.  Aisyah dan Muzakir terus balik ke rumahnya yang bersebelahan dengan rumah mama.




Itulah kisah budak-budak yang suka bermain dengan air.

12 Julai, 2010

Road To Banting - Part 2

Assalamualaikum....

Kita nak sambung cerita lepas..hehehe

Selepas selesai makan malam, semua berehat sambil menonton perlawanan World Cup antara Korea Utara dengan Portugal. Keputusan menyebelahi Portugal dengan berjaya menjaringkan gol 7 - 0.  Habis sahaja perlawanan semuanya  zzzzzzz


Keesokkan paginya jam 4.00 pagi dah bangun dan mula bersiap-siap untuk bertolak ke Banting. Perjalanan ke Banting mengambil masa lebih kurang satu jam. Jadi masing-masing cepat-cepat berkemas  dan alhamdulillah lebih kurang jam 6.30 pagi sudah mula keluar dari rumah.  Sebaik sahaja memulakan perjalanan, hujan mula turun dengan lebatnya.  Perjalanan menjadi lambat. Dalam hati risau jugak sebab pendaftaran bermula jam 8.00 pagi.  Dengan bantuan GPS sekali lagi kita semua selamat sampai ke pintu Kolej MARA Banting. 

Masuk sahaja ke kawasan kolej, kita disambut oleh petugas trafic  yang  dimaklumkan students di kolej itu. Dengan bantuan petugas trafic tersebut, semua kereta dapat  parking dengan tersusun dan kemas. Hujan masih lagi turun dengan lebat sekali. Alya terus menuju ke tempat pendaftaran, sementara kita semua dijemput ke Dewan Makan kerana sarapan pagi ada di sediakan untuk semua parents yang hadir.

Semasa sedang enak makan terdengar pengumuman yang memaklumkan kesemua kanak-kanak perlu ke Surau An Nur kerana ada pelbagai aktiviti yang akan dilakukan. Tanpa membuang masa mama terus membawa Ainul Sofya dan Aisyah Zakiah ke surau untuk mengikuti program yang telah dirancang.   

 

Lebih kurang jam 12.00 tengahari urusan pendaftaran dan taklimat Alya selesai. Barang-barang diangkut masuk ke bilik. Kita semua pun menuju ke van untuk pulang ke Dungun.  Dalam duk bersalaman dan peluk cium dengan Alya tiba-tiba......





Tayar van  pulak lekat dalam  becak.  Satu....dua.....tiga.....tolak...tolak....tolak....beres. Alhamdulillah.

Sawa  pulak  membawa kita semua melawat  Sepang Circuit. Cuma lalu ikut luar saje, tak masuk dalam. Cantik kawasan dia. sempatlah ambil gambar buat kenangan tapi dari luar ajelah. OK lah tu!


Dalam perjalanan balik sempat pulak singgah ke Nilai 3.  Dari Banting tempat Alya cuma 30 minit aje sampai ke Nilai 3, dekat sangat.  Sunyi dan sepi  tiada orang, mungkin hari ini adalah  hari bekerja di Negeri Sembilan, tambahan pulak hujan masih lagi turun. Tak adalah shopping mana kerana tak ada tempat nak
letak barang-barang  nanti.  Lepas makan tengahari dan bersolat Jamak terus pulang.  Jam 9.30 malam singgah sekali lagi di  R & R Gambang untuk bersolat  dan makan. Alhamdulillah jam 12.00 malam selamat sampai di Dungun dan terus zzzzz.




30 Jun, 2010

Road To Banting - Part 1

Assalamualaikum...


Setelah sekian lama tidak bersiaran, kini mama kembali bersiaran. Apa khabar semua kawan-kawan di luar sana. Di harap sihat kesemuanya di bawah lindungan Allah SWT.


Kali ni mama nak bercerita , pada hari Isnin lepas 21 Jun, 2010 adalah Road To Banting untuk menghantar Along ke Kolej MARA Banting ( KMB). Adapun tujuan Along ke sana adalah untuk meneruskan cita-citanya dan berjuang menjadikan dirinya sebagai seorang Doktor, insyaAllah. Along telah diterima masuk ke KMB setelah menjalani beberapa tahap ujian standard sebagai seorang pelajar kolej. Oh ya! Along ini adalah salah seorang anak saudara mama yang rapat kerana rumahnya hanya berjiran dengan rumah mama. InsyaAllah selepas 2 tahun di KMB Along akan berangkat ke Ireland.



Lebih kurang dalam jam 9.00 pagi kami bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki Van yang dipandu oleh Bakji (anak saudara mama yang lain). Bakji ni boleh dikatakan sebagai pemandu yang handal jugaklah kerana kalau kemana-mana selalunya Bakji nilah yang akan menjadi pemandunya.

Alhamdulillah dengan cuaca yang baik dan keadaan kenderaan yang baik perjalanan menjadi elok sahaja.  Sampai sahaja dihentian Gambang, berhenti sekejap minum dan makan. Perjalanan kali ini dengan membawa bekal makanan dan minuman supaya senang  tidak mengambil masa yang lama untuk makan. Gambar-gambar masa makan tidak dapat di rakam kerana kamera tak ada bateri. 

Lebih kurang jam 2.30 petang selamat sampai di Kuala Lumpur dan terus singgah di rumah abang di Greenwood untuk makan tengahari. Awal-awal lagi abang Adnan telah menelefon dan mengajak untuk kesemua yang datang untuk makan tengahari di rumahnya. 

Tu, GPS yang di atas tu adalah untuk mencari dimanakah lokasi rumah yang hendak dituju. Alhamdulillah dapat berjumpa walaupun hujan lebat sehabis lebat pada masa itu.


Sebaik selasai solat, kita terus dihidangkan dengan nasi yang dimasak oleh kakak ipar. Abang pada masa itu sedang bekerja. Dalam pukul 5.30 petang abang sampai dengan membawa goreng pisang panas yang dibeli di gerai berhampiran rumah. Sedap sungguh goreng pisang itu.

Pukul 6.00 petang kami bertolak ke kondo Sawa di Setapak  dimana kami telah berjanji untuk  bermalam di situ. Sawa tu abang kepada Bakji yang merupakan anak saudara mama juga.

Sebaik sampai di kawasan kondo tersebut, terus naik ke rumah dan terus menyediakan masakan untuk hidangan malam. Yang lain-lain tu mengambil peluang untuk mandi dan bersolat. Sempat menyediakan hidangan yang simple but sedap!  Perasan tuh.. Ini antara gambar yang sempat dirakamkan. Pada masa ini bateri kemera telah di charges di rumah Sawa masa mula-mula sampai tadi.



Hiasan bunga-bunga ini dibuat sendiri oleh Wahida iaitu isteri Sawa. Dia ni rajin mengemas dan pandai dalam kerja-kerja menghias. Antara bunga-bunga yang sempat di rakam....


Cerita akan bersambung di Part 2..
Tungguuuuuuuuuu




09 Mei, 2010

Hari Mak.....

Assalamualaikum


Selamat hari Ibu untuk bondaku yang dikasihi. Semoga ibu sentiasa sihat dan dilindungiNYA. Perlu diingat banyak sudah jasa ibu kepada kita semua. Kasih ibu sepanjang masa. Sebab itu mama berpendapat perlu kita menyambut dan meraikan hari ibu ini untuk menunjukkan kasih sayang kita terhadap insan mulia yang telah melahirkan kita. Mama teramat sayang pada mak....


Malam tadi mama sempat mengadakan sambutan Hari Ibu khas untuk bonda mama. Mama buat majlis kecil-kecilan sahaja bertempat di rumah mama. Cuma kakak dan adik mama beserta keluarganya sahaja yang hadir. Yang lain-lain tidak dapat hadir atas urusan keluarga jugak.
Untuk kakak Ain...sila tengok gambar jelah...


Kek untuk Bonda



Bonda sedang memotong kek




Lain-lain hidangan yang sempat disediakan.
Selamat Hari ibu sekali lagi kepada bondaku. Muuaaahhhh!!!!




03 Mei, 2010

Kakak - Ain Mahirah

Assalamualaikum...



Sempena cuti hari buruh baru-baru ini, kakak balik dari asrama. Alhamdulillah mama suka bila tiap kali bila dia balik. Bukan boleh hilangkan rindu aje tapi boleh jugak ringankan kerja mama. Kakak banyak tolong mama dalam kerja harian. Kalau ada dia bolehlah tolong mama dalam macam-macam perkara.


Tapi bagi kakak pulak, kalau dah tolong mama tu, kenalah ada balasan. Ok-ok fine, mama dah tau tu.....hari ni kakak mintak nak makan sate. Of koslah mama kena beli. Nak buat sure tak larat dan tak pernah buatpun, kalau BBQ tu ada jugak buat.


So, petang tu gi kedailah order sate. Boleh tahanlah sedap. Ada sate ayam, kambing, arnab dll. Mama cuma beli sate ayam je, memenuhi permintaan si kakak.


Ni kedai sate



Sate kakak sedang di bakar





Habis cerita hari Jumaat.
Hari Sabtu pulak mama rasa nak buat pulut kuning untuk kakak. Kakak ni tahun ni akan mengambil peperiksaan PMR. Alhamdulillah mama dapat bahagikan kepada jiran-jiran dan sedara mara yang dekat. Tapi mama selalu ingatkan pada kakak usaha kena lebih. Ini bukan UPSR tapi PMR. Peperiksaan ni penting untuk masa depan kakak.



Cerita hari Ahad pulak..pagi mama pergi beli barang makanan untuk bekalan kakak ke asrama. Biasanya barang makanan, sabun dan tisu. Petang pulak hantar kakak ke asrama. Perjalanan perlahan sahaja, banyak kereta di jalanan. Alhamdulillah dalam pukul 7.00 malam selamat sampai ke rumah.


Ni kakak, dah siap tunggu nak mulalan perjalanan.

Sekian.




20 April, 2010

Jahitan Manik

Assalamualaikum


Sila lihat gambar dulu.







Alhamdulillah, hari minggu lepas sempat mama siapkan tampahan manik-manik ni. Inilah kerja mama bila tiba hari minggu. Tuan baju tu dah janji nak datang ambil. Ada banyak lagi tempahan dari cikgu-cikgu yang sama mengajar dengan mama. Cukup setakat ini saja, nanti ada masa mama cerita lagi


18 April, 2010

Kisah Hari Minggu

Assalamualaikum...


Walaupun hari minggu, mama tetap sibuk. Banyak kerja-kerja yang perlu di selesaikan. Tambahan pulak kakak balik dari asrama. Petang Sabtu esok dah tentu kena pergi hantar kakak ke asrama. Kakak bersekolah di Sekolah Elit Mak Lagam, Kemaman.
Bila hari Jumaat memang rutin mama bermain dengan kain baju. Dari pagi membasuh 2 -3 mesin. Ambik masa pulak nak pilih mana baju putih dan mana baju basahan. Masa sidai ambik masa lagi. Alhamdulillah ada kakak, boleh jugak tolong mama. Hakim macam biasalah bila hari tak bersekolah, pagi-pagi lagi dah tanya sarapan. Time kerja banyak, mana mama nak sempat buat sarapan yang enak segala nak. Mama bukak esbok, ambil mee yang dah dibeli 2 hari lepas. Jadi campak-campak ajelah. Dalam dua puluh minit dah boleh makan.
Hakim....Hakim (dalam nada memanggil)
Dah mari makan mee ni...


Baru bangun tidur - tak mandi lagi tuh!!!






Atas permintaan kakak nak makan samgupal. Dari pagi kakak dah tolong mama dalam banyak hal, tak buat kan kesian pulak. Lagipun di asrama tentu tak ada makanan tu. Maka siaplah samgupal ni hah. Tengoklah gambar ni...





Malam pulak sempat mama bermain dengan manik-manik. Banyak tempahan dari cikgu-cikgu kak sekolah mama. Alhamdulillah siaplah sebelah tangan, eh lupa plak nak ambik gambar. Lain kalilah mama masukkan gambar manik-manik tu.


Dah sampai masa mama nak tidur ni....esok dah tentu kena layan si kakak soping menyoping barang yang nak di bawa balik ke asrama. As usuallah kakak macam tu.

Sekian.

06 April, 2010

Buku Gergasi

Assalamualaikum














Hari Khamis 1 April yang lepas, Sofya tak nak pergi sekolah, jadi masa mama balik dari sekolah terus pujuk dia supaya ke sekolah untuk hari-hari berikutnya. Dia masih tak nak mahu pergi sekolah. Pujuk lagi...pujuk lagi....Last-last mama ajak dia ke Pesta Buku. Kebetulan ada pesta buku di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Sampai di tapak pesta, suka-suka dia aje memilih (dalam hati amboi....sekolah tak nak pergi) memilih tak hengat donia. Semua buku dia punya. Semua buku dia hendak.



"Sofya...tak boleh, ambil satu je"



" Dengar apa mama nak kata"

" Mama nak Sofya pilih satu je buku yang Sofya suka"



"Tapi mama..."



"Cukup-cukup, esok kita datang lagi"


"Oklah mama"




Lepas dapat buku tu, terus suruh mama baca dan cerita. Satu hari suntuk dia dok pegang buku gergasi tu. Setiap orang yang datang, disuruhnya baca dan bercerita untuk dia. Petang Sabtu tu, ibu (mak saudara ) dia datang dari Kemaman, pun sama disuruhnya bercerita. Belum sempat ibu dia bercerita...rupa-rupanya dia pulak yang bercerita pada ibunya. Maknanya dia dah ingat segala perjalanan dalam buku cerita tu!!! Bagus....bagus anak mama.












01 April, 2010

Ujian Buat Mama

Assalamualaikum....







Pagi ini dalam mama sibuk-sibuk bersiap untuk ke sekolah, Sofya tiba-tiba buat hal. Abang Cik dan angah telahpun siap cuma menunggu nak masuk kereta sahaja. Tak tahu angin datang dari mana tiba-tiba tak mahu ke sekolah. Sekolah cuma tadika 6 tahun je. Petang semalam dia ada terdengar perbualan antara sepupu-sepupu dia yang esoknya (hari ini) tak sekolah. Dia mulalah tak nak pergi sekolah kerana nak join main dengan sepupu dia yang dah besar tu!. Ada ke patut.




Puas mama memujuk tak mahu jugak pergi sekolah. Padahal semua dah siap tu, cuma kasut je belum pakai lagi. Pujuk lagi....pujuk lagi....cakap pandai bak orang-orang besar ....hai naik hangin juga mama di buatnya. Dalam hati mama berkata adakah ini dugaan dan ujian besar buat mama. Ya Allah.... jika ini ujian besar bagiku maka kau ampunkan dosa-dosaku dan juga anak-anakku. Atau ini yang dinamakan April fool's kerana kebetulan ia terjadi pada 1 April, 2010.






Jam dah menunjukkan pukul 7.10 pagi. Mama nak kena hantar 3 sekolah pulak tu. Kebiasannya Jam 7 dah keluar dari rumah. Tarik juga tangan Sofya, angkat beg masukkan dalam kereta. Hari ni pulak kelas mama mula 7.40 pagi, bermakna mama kena sampai ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Dalam perjalanan Sofya menangis, buat-buat sedih pulak padahal tak ada orang pukul pun. Mengada-ngada betul budak ni. Sampai satu sekolah... drop angah, lepas tu sampai lagi satu sekolah drop abang chik pulak. Oleh kerana masa dah "terlebih sudah" terpaksa hantar Sofya ke rumah mak yang tak jauh dari sekolah dia. Sampai didepan rumah tok dia cepat-cepat turun dari kereta sambil tersenyum...kononnya tak payah pergi sekolah hari tu...banyak kau punya sogeh. Rupanya dia dah berjaya memperdayakan mama. Apa-apa ajelah Sofya.


Semoga anak mama ceria selalu!!!

29 Mac, 2010

Catatan Kelahiran

Salam......





Alhamdulillah......Alhamdulillah.... Mama Sue panjatkan kesyukuran pada ilahi kerana memanjangkan usia mama, suami tercinta dan anak-anak tersayang sehingga ke hari ini. Bersempena dengan hari ini mama berjaya melahirkan blog sendiri setelah sekian lama asyik membaca dan mengikuti blog kawan-kawan mama. Seterusnya bertitik tolak pada setiap 29 Mac akan datang mama akan sentiasa menyambut ulangtahun kelahiran blog mama yang berjudul **My Stories Your Stories**. Blog yang bakal diisi dengan cerita yang berkisar dengan pengalaman lepas, cerita-cerita semasa dan cerita akan datang berkenaan keluarga bahagia mama yang telah dibina lebih kurang 17 tahun yang lalu. Semoga usaha mama dalam penulisan blog ini dapat memberi sedikit manafaat kepada pembaca-pembaca. Mama inginkan blog ini bakal menjadi sejarah kepada anak-anak mama bila mereka dewasa kelak. Akhir kata dari mama, berilah sokongan dan kekuatan sewajarnya untuk membolehkan mama meneruskan penulisan ini sehingga ke akhir hayat.



Amin.Amin Ya Robbal Alamin.


Related Posts with Thumbnails