12 Julai, 2010

Road To Banting - Part 2

Assalamualaikum....

Kita nak sambung cerita lepas..hehehe

Selepas selesai makan malam, semua berehat sambil menonton perlawanan World Cup antara Korea Utara dengan Portugal. Keputusan menyebelahi Portugal dengan berjaya menjaringkan gol 7 - 0.  Habis sahaja perlawanan semuanya  zzzzzzz


Keesokkan paginya jam 4.00 pagi dah bangun dan mula bersiap-siap untuk bertolak ke Banting. Perjalanan ke Banting mengambil masa lebih kurang satu jam. Jadi masing-masing cepat-cepat berkemas  dan alhamdulillah lebih kurang jam 6.30 pagi sudah mula keluar dari rumah.  Sebaik sahaja memulakan perjalanan, hujan mula turun dengan lebatnya.  Perjalanan menjadi lambat. Dalam hati risau jugak sebab pendaftaran bermula jam 8.00 pagi.  Dengan bantuan GPS sekali lagi kita semua selamat sampai ke pintu Kolej MARA Banting. 

Masuk sahaja ke kawasan kolej, kita disambut oleh petugas trafic  yang  dimaklumkan students di kolej itu. Dengan bantuan petugas trafic tersebut, semua kereta dapat  parking dengan tersusun dan kemas. Hujan masih lagi turun dengan lebat sekali. Alya terus menuju ke tempat pendaftaran, sementara kita semua dijemput ke Dewan Makan kerana sarapan pagi ada di sediakan untuk semua parents yang hadir.

Semasa sedang enak makan terdengar pengumuman yang memaklumkan kesemua kanak-kanak perlu ke Surau An Nur kerana ada pelbagai aktiviti yang akan dilakukan. Tanpa membuang masa mama terus membawa Ainul Sofya dan Aisyah Zakiah ke surau untuk mengikuti program yang telah dirancang.   

 

Lebih kurang jam 12.00 tengahari urusan pendaftaran dan taklimat Alya selesai. Barang-barang diangkut masuk ke bilik. Kita semua pun menuju ke van untuk pulang ke Dungun.  Dalam duk bersalaman dan peluk cium dengan Alya tiba-tiba......





Tayar van  pulak lekat dalam  becak.  Satu....dua.....tiga.....tolak...tolak....tolak....beres. Alhamdulillah.

Sawa  pulak  membawa kita semua melawat  Sepang Circuit. Cuma lalu ikut luar saje, tak masuk dalam. Cantik kawasan dia. sempatlah ambil gambar buat kenangan tapi dari luar ajelah. OK lah tu!


Dalam perjalanan balik sempat pulak singgah ke Nilai 3.  Dari Banting tempat Alya cuma 30 minit aje sampai ke Nilai 3, dekat sangat.  Sunyi dan sepi  tiada orang, mungkin hari ini adalah  hari bekerja di Negeri Sembilan, tambahan pulak hujan masih lagi turun. Tak adalah shopping mana kerana tak ada tempat nak
letak barang-barang  nanti.  Lepas makan tengahari dan bersolat Jamak terus pulang.  Jam 9.30 malam singgah sekali lagi di  R & R Gambang untuk bersolat  dan makan. Alhamdulillah jam 12.00 malam selamat sampai di Dungun dan terus zzzzz.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails